Salam sejahtera,
Hari ini kami nak share dengan anda semua topik berkenaan dengan Sistem kardiovaskular.
Kitaran kardiak:
Hari ini kami nak share dengan anda semua topik berkenaan dengan Sistem kardiovaskular.
Kitaran kardiak:
BERMAKSUD satu sistem kitaran yang terpenting dalam badan dan masuk ke jantung
semula.
Sistem kitaran kardiak terbahagi kepada 3 ;
1. Kitaran pulmonari
2. Kitaran sistemik
3. Arteri, vena dan Kapilari
3. Arteri, vena dan Kapilari
Sistem pulmonari
- Paru – paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam peredaran pulmonari.
- Darah yang mengandungi kurang oksigen tetapi banyak gas karbon dioksida mengalir ke dalam arteri pulmonari ke dalam paru – paru, kemudian darah yang mengandungi banyak oksigen mengalir semula ke dalam jantung melalui vena pulmonari.
- Peredaran pulmonari bermula dari dalam artrium kanan.
- Kemudian mengalir ke dalam ventrikel. Darah kemudian dipam ke dalam arteri pulmonari dan kemudian ke dalam kapilari pulmonari (di dalam paru – paru).
- Ini merupakan bahagian di mana berlaku pertukaran gas respirasi.
- Darah akan menyingkirkan karbon dioksida dan dibekalkan dengan oksigen.
- Darah ini kemudian kembali semula ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari
Sistem sistemik
- Peredaran sistemik bermula di dalam atrium kiri.
- Kemudian darah akan dipamkan oleh ventrikel kiri ke dalam aorta untuk diagihkan darah yang mengandungi banyak oksigen kepada semua bahagian badan.
SALURAN DARAH DALAM HAIWAN TERNAKAN
- Arteri ialah salur darah yang mengangkut darah keluar dari jantung.
- Arteri akan bercabang menjadi arteriol dan membahagi kepada kapilari.
- Salur darah yang kecil ini ditemui di semua tisu. Berlaku pertukaran bahan – bahan dengan sel-sel.
- Bahan-bahan nutrien dibekalkan kepada sel-sel dan hasil-hasil akhir metabolisma akan disingkirkan ke dalam kapilari.
- salur darah ini akan meningkat dari segi saiz menjadi lumen, yang akan bercantum dan menjadi vena yang lebih besar. Vena yang besar akan mengangkut darah kembali ke jantung.
Kapilari
- Kapilari tidak seperti arteri dan urat-urat, kapilari adalah sangat nipis dan rapuh.
- Kapilari sebenarnya adalah hanya satu sel epitelium yang tebal.
- Mereka sangat kecil dan halussupaya sel darah hanya boleh dilalui dalam satu laluan sahaja.
Perbezaan antara arteri,vena, kapilari
Arteri
|
Vena
|
Kapilari
|
|
Dinding
|
Tebal
|
Nipis
|
Setebal Lapisan 1 Sel
|
Lapisan
Tisu Otot
|
Tebal
|
Nipis
|
Tiada
|
Lumen
|
Kecil
|
Besar
|
Kecil
|
Injap
|
Tiada
|
Ada
|
Tiada
|
Arah
Bawa Darah
|
Dari Jantung
|
Ke Jantung
|
Menghubungkan Arteri Dan Vena
|
Jenis
Darah
|
Beroksigen (Kecuali Arteri Pulmonari)
|
Kurang Oksigen(Kecuali Vena Pulmonari)
|
Beroksigen Dan Kurang Oksigen Bercampur
|
Tekanan
Darah
|
Tinggi
|
Rendah
|
Antara Arteri Dan Vena
|
gambarajah : Vena , Kapilari dan Arteri
- Struktur yang berotot yg mengepam darah supaya darah terus mengalir dalam badan
- Terletak sebelah kiri rongga toraks
- Dasar jantung bertentangan dengan tulang rusuk 3-6 (dalam tulang rusuk)
- otot jantung endokardium dan miokardium
GAMBARAJAH : Pembahagian jantung
4 bahagian:
· Atrium kanan dan kiri
· Ventrikel kanan dan kiri
Terbahgi kepada dua belah oleh ventricular septa(septum)
Dinding arteri nipis dan dinding ventrikel lebih tebal
Atrium hanya mengepam darah ke ventrikels. Ventrikel mengepam darah keluar ke jantung
Dinding ventrikel kiri lebih tebal dari ventrikel kanan kerana ia perlu mengepam darah ke seluruh badan
Ventrikel hanya menghantar darah ke peparu sahaja
STRUKTUR JANTUNG
Lihat gambarajah bawah. Ini bahagian bahagian yang penting dalam struktur jantung........byk bahagian kena ingat .....
ALIRAN DARAH
·
Darah beroksigen datang dari peparu
·
Darah tanpa oksigen datang dari badan
|
1. Darah tanpa oksigen memasuki atrium kanan
melalui superior dan inferior vena cava
|
2. Atrium kanan menguncup lalu menolak darah ke
ventrikel kanana melalui injap tricuspid yang menghalang darah mengalir balik
ke atrium kanan
|
3. Ventrikel kanan mengucup – darah ditolak
melalui injap semilunar pulmonary ke dalam arteri pulmonary.
|
4. Arteri pulmonary bercabang 2 kepada arteri pulmonary
kiri ke (ke peparu kiri) dan arteri pulmonary kanan ke peparu kanan
|
5. Darah dibawa ke peparu untuk membebaskan co2
dan menerima o2
|
6.Darah beroksigen melalui vena pulmonary kanan
dan kiri (dari peparu kanan dan kiri) memasuki atrium kiri
|
7. Atrium kiri mengucup lalu menolak darah ke
ventrikel kiri melalui injap bicuspid
|
8. Ventrikel kiri mengucup – darah ditolak
melalui injap semilunar aortic ke dalam aorta
|
9.Aorta bercabang untuk membentuk arteri- arteri
ini membawa darah beroksigen ke seluruh badan kecuali paru-paru
|
Yang ini pula......CARTA ALIRAN PEREDARAN DARAH DALAM JANTUNG KE SELURUH BADAN ternakan.
Kitaran kardiak/ denyutan jantung.......
Jantung haiwan ternakan berfungsi dengan mengepam darah ke seluruh badan. Dengan itu jantung akan mengecut dan mengendur pada masa yang sama bergantung kepada stimuli elektrik daripada pacemakers. Kitaran ini terbahagi kepada dua iaitu sistol dan diastol.
- Sistol
Semasa ternakan bernafas ventrikal akan mengecut tekanan darah dalam ventrikel meningkat. Injap bicuspid dan tricuspid tertutup lalu menghasilkan denyutan pertama (lab)
- Diastol
Semasa ternakan bernafas ventrikal akan mengendur tekanan darah dalam ventrikel rendah berbanding dalam aorta dan arteri pulmonary. Injap semilunar tertutup lalu menghasilkan bunyi denyutan kedua (dap).
Rujukan
http://cikgunurulsblog.blogspot.com/2010/02/f3-c2-jantung-manusia-dan-peredaran.html
http://blogkesehatanfaizdr.blogspot.com/2012/04/fungsi-anatomi-jantung-manusia.html
Rujukan
http://cikgunurulsblog.blogspot.com/2010/02/f3-c2-jantung-manusia-dan-peredaran.html
http://blogkesehatanfaizdr.blogspot.com/2012/04/fungsi-anatomi-jantung-manusia.html
sekian dari kami.
Jika ada salah silap harap maaf.
No comments:
Post a Comment